Message

Failed loading XML... Space required after the Public Identifier SystemLiteral " or ' expected SYSTEM or PUBLIC, the URI is missing

Failed loading XML...

AKTIVITI KOKURIKULUM KELAB & PERSATUAN

Pada hari Selasa bersamaan 16 Jan 2019, telah berlangsung aktiviti kokurikulum setiap kelab persatuan sekolah. Aktiviti bermula pada pukul 2.30 petang dan berakhir pada pukul 4.00 petang. Setiap unit beruniform melakukan aktiviti masing-masing mengikut perancangan yang telah dibuat. Antara aktiviti yang dilakukan adalah menghias laluan bermaklumat, mengemas bilik-bilik khas, mengecat bilik dan pelbagai lagi. Setiap unit melakukan aktiviti dengan baik dan dapat memberi kerjasama dalam aktiviti yang dijalankan.

PrintEmail

LATIHAN INTENSIF KEJOHANAN BOLA TAMPAR

Pada hari Rabu bersamaan 16 Januari 2019, telah diadakan latihan intensif untuk kejohanan bola tampar. Latihan tersebut merupakan persediaan awal untuk pelajar - pelajar permainan bola tampar untuk pertandingan pada masa akan datang. Latihan tersebut diadakan di Taman Rekreasi Tampin. Pelajar-pelajar dilatih oleh jurulatih jemputan.  Semoga dengan latihan ini dapat membantu para pelajar meraih kejayaan pada pertandingan akan datang.

PrintEmail

PROGRAM KECEMERLANGAN ( KHATAM NOVEL)

Pada hari Selasa bersamaan 15 Januari 2019 satu Program Kecemerlangan (Khatam Novel) telah diadakan untuk pelajar-pelajar tingkatan 3. Program tersebut diadakan di Bilik Seminar SMK Sultan Mansor Shah. Aktiviti mengkhatam novel ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan dan menambahkan penguasaan pelajar dalam novel yang dipelajari. Diharapkan program tersebut dapat membantu para pelajar menguasai novel.

PrintEmail

SUDUT PIDATO

      

 PUTERI NADIA (5 STEM)           AFRINA (5 STEM)              VISHNOO (5 STEM)     

Setiap hari ketika waktu rehat telah diadakan ucapan awam di sudut pidato SMK Sultan Mansor Shah. Setiap pelajar akan menyampaikan maklumat kepada pelajar lain mengikut tajuk pilihan masing-masing. Aktiviti ini diadakan adalah untuk meningkatkan lagi keberanian para pelajar untuk berucap dikhalayak ramai serta mengembangkan lagi bakat-bakat yang ada untuk menjadi seorang pemimpin. Diharapkan program seperti ini akan melahirkan generasi yang mampu menjadi pemimpin pada masa akan datang.      

PrintEmail

PROGRAM KEROHANIAN

   

KEROHANIAN PELAJAR CINA

    

KEROHANIAN PELAJAR INDIA                      KEROHANIAN PELAJAR ORANG ASAL

Pada hari Jumaat bersamaan 11 Januari 2019, satu program kerohanian telah diadakan mengikut agama masing-masing. Bagi pelajar Melayu bacaan Yassin dan Solat Hajat telah diadakan di Surau dan Dewan An Nur. Manakala bagi pelajar-pelajar India, Cina dan orang Asal diadakan ditempat pilihan mengikut agama masing-masing. Program kerohanian berbentuk motivasi ini bertujuan memberi kesedaran dan meningkatkan semangat para pelajar untuk terus belajar dengan penuh rajin agar memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan. Selain itu, program diadakan agar para pelajar berpegang pada agama masing-masing dan mengikut tuntutan yang baik agar hidup lebih sejahtera.

PrintEmail

AKTIVITI KOKURIKULUM KELAB & PERSATUAN

Pada hari Khamis bersamaan 10 Januari 2019, telah berlangsung aktiviti kokurikulum setiap kelab dan persatuan sekolah. Perjumpaan untuk kali pertama ini merupakan mesyuarat agung untuk melantik ahli jawatankuasa yang baru bagi sesi 2019. Mesyuarat Agung bermula pada pukul 1.00 petang dan berakhir pada pukul 2.15 petang. Selain itu perbincangan tentang yuran, aktiviti yang akan dijalankan sepanjang latihan juga diadakan. Setiap ahli kelab dan persatuan memberi kerjasama yang baik dan aktiviti berjalan dengan lancar.

PrintEmail

.

GURU BERTUGAS 2019

MINGGU 18

(06 MEI - 10 MEI 2019)

 

 

LOG MASUK

PAUTAN LUAR

  • Portal Kerajaan Malaysia
  • Portal KPM
  • Emis Online
  • SPP Online
  • JPN Melaka
  • PPD AG
  • E-Operasi
  • EduwebTV
  • Eg Tukar
  • E-Filing
  • HRMIS
  • E-Gaji
  • MAMPU
  • JPA

TETAMU ONLINE

We have 3 guests and no members online

Today 1

Yesterday 5

Week 14

Month 62

All 165055

Currently are one guest and no members online