Pertandingan Open Office Peringkat Kebangsaan
Berikut adalah Pertandingan Open Office.Org 2011 Peringkat Kebangsaan sempena Hari Perisian Sumber Terbuka KPM 2011 dan Persidangan Program Sumber Terbuka Malaysia (MyGOSSCON 2011) anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) bersama Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU).
Tujuan pertandingan seumpama ini dianjurkan ialah untuk memperkenalkan perisian sumber terbuka dan sekaligus dapat memperluaskan penggunaannya dalam kalangan murid-murid sekolah rendah dan pelajar-pelajar sekolah menengah di Malaysia.
Pertandingan OpenOffice.Org mula diperkenalkan pada tahun 2009 anjuran Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) dengan kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Selaras dengan Pelan Induk Perisian Sumber Terbuka Sektor Awam Malaysia, pertandingan ini diharap dapat meningkatkan kesedaran mengenai perisian sumber terbuka seperti OpenOffice.Org dalam kalangan pelajar sekolah rendah dan menengah sekaligus memberi insentif kepada pelajar-pelajar di atas bakat dan kreativiti mereka.
Pada tahun ini, MAMPU dengan kerjasama KPM meneruskan Pertandingan OpenOffice.Org di peringkat kebangsaan yang dibuka penyertaannya kepada semua sekolah di Malaysia.