Sukan Tahunan 2011
OBJEKTIF SUKAN SMK SULTAN MANSOR SHAH
- Melahirkan dan mengetengahkan atlet berpotensi besar dan berkualiti di peringkat sekolah.
- Melahirkan pelajar sekolah yang minat bersukan dan sihat.
- Menggalakkan interaksi yang aktif dan sihat dalam kalangan pelajar, guru-guru dan ibu bapa supaya dapat memupuk semangat permuafakatan dan perpaduan yang utuh.
- Mengeratkan hubungan yang baik di antara ibu bapa dan warga sekolah melalui semangat kesukanan yang tinggi.
- Menyemai dan memupuk nilai-nilai murni melalui aktiviti bersukan.
- Menjadikan bidang sukan sebagai satu kerjaya dan profesion.
- Memajukan sukan untuk sekolah dan negara.