PROGRAM IHYA RAMADHAN 2011

 

Bulan Ramadhan merupakan salah satu bulan yang mulia di sisi Allah SWT. Bulan Ramadhan adalah bulan ibadah, di mana puasa difardhukan kepada umat Islam yang wajib mengerjakannya. Sehubungan dengan itu, kita digalakkan untuk bersedekah, bertadarus Al-Quran, solat sunat tarawikh, Qiamulail serta mengeluarkan zakat fitrah bagi yang berkemampuan. Oleh yang demikian, kita hendaklah mengisi bulan Ramadhan ini dengan banyak melakukan ibadah fardhu dan sunat.

OBJEKTIF PROGRAM

  1. Menghayati tujuan berpuasa sebagai salah satu Rukun Islam.
  2. Mengamalkan tingkah laku yang baik berpandukan al-Quran.
  3. Mengeratkan silaturrahim antara ibu bapa pelajar dan guru-guru Islam.
  4. Mengembeleng tenaga ke arah kejayaan pelajar PMR dan SPM.
  5. Menghayati roh Ramadhan Al-Mubarak dan mengimarahkannya sebagai pemangkin kejayaan ummah.
  6. Menjadikan amalan membaca al-Quran sebagai satu budaya.

 

TENTATIF PROGRAM

Masa

Aktiviti

6.00 Ptg

Ketibaan para tetamu

6.15 -7.20 Ptg

Ucapan aluan

Bacaan Yasin

7.25 Ptg

Majlis berbuka puasa (Jamuan ringan)

Solat Maghrib

7.40-8.40 malam

Jamuan Ramadhan

8.40-9.40 malam

Solat Isya’ berjemaah

Solat sunat hajat

Solat sunat tarawikh berjemaah

9.40-10.00 malam

Tazkirah Ramadhan (Penceramah jemputan)

10.00-10.15 malam

Minum Malam / Moreh


10.30 malam

Majlis bersurai

Print