Majlis Anugerah Q-Bestari

Pada 22 September 2011 yang lepas, warga SMK Sultan Mansor Shah dengan bangganya menerima anugerah Penilaian Q-Bestari yang telah diadakan di Kompleks Al-Khawarizmi, Tanjung Bidara, Masjid Tanah, Melaka. Sempena dengan Majlis penganugerahan ini, pihak sekolah telah memenangi anugerah "Pengurusan Blog Pusat Akses Terbaik" kategori Sekolah Menengah.

Seluruh warga sekolah serta warga kerja Unit ICT sekolah mengucapkan TAHNIAH dan SYABAS di atas kemenangan anugerah tersebut.

Print