MAJLIS PENYAMPAIAN WATIKAH PELANTIKAN PENGAWAS, PRS, PENGAWAS SPBT, PENGAWAS PUSAT SUMBER DAN KETUA TINGKATAN SESI 2014
Pada hari Isnin bersamaan 13 Januari 2014, warga sekolah SMK Sultan Mansor Shah telah mengadakan satu Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan kepada para pengawas yang terlibat. Majlis Watikah Pelantikan ini telah dirasmikan oleh wakil Timbalan Ketua Polis IPK Alor Gajah, Inspektor Mohd Yusof bin Wahab.
Matlamat majlis ini diadakan adalah untuk memberi pengiktirafan kepada Pengawas, Pembimbing Rakan Sebaya, Pengawas SPBT, Pengawas Pusat Sumber dan Ketua Tingkatan bagi melahirkan pelajar yang bermotivasi tinggi, cintakan ilmu dan sentiasa mengamalkan budaya belajar yang cemerlang, serta membantu pelajar mengenali diri dan meningkatkan personaliti dan penampilan diri yang cemerlang.
Warga sekolah SMK Sultan Mansor Shah mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan majlis ini.