MAJLIS PENDAFTARAN & ORIENTASI PELAJAR TINGKATAN 1 & PERALIHAN TAHUN 2019
TARIKH: 01/01/2019 MASA : 8.00-11.00 pagi TEMPAT : Bilik Seminar SMKSMS PENGANJUR : Unit Bimbingan & Kaunseling
Program ini dirangka sebagai persediaan untuk menyambut kemasukan pelajar tingkatan 1 dan Peralihan sesi 2019, memandangkan satu persekitaran dan suasana yang baru kerana ini adalah hari pertama mereka melangkah ke SMK Sultan Mansor Shah. Ibu bapa hadir bersama anak-anak seawal 7.45 pagi dan mendaftar di Laluan Bilik Seminar SMKSMS. Kehadiran murid-murid adalah seramai 68 orang manakala ibu bapa 75 orang. Majlis menjadi lebih bermakna apabila ADUN Gadek YB G.Saminathan hadir untuk berjumpa ibu bapa, guru dan murid. Turut hadir adalah YDP PIBG Tn. Hj Rahmat Bin Md Akib. Murid-murid dan ibu bapa dapat mengurusan pendaftaran anak di tingkatan 1 dan peralihan pada hari ini dan tidak mengganggu waktu persekolahan berjalan