PERHIMPUNAN RASMI & MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN PELAJAR PT3 2018
Pada hari Isnin bersamaan 02 Januari 2019, satu perhimpunan rasmi pertama telah diadakan di Dewan Tertutup SMK Sultan Mansor Shah. Perhimpunan rasmi tersebut turut diadakan majlis penyampaian Anugerah Kecemerlangan Pelajar PT3 2018. Seramai 8 orang pelajar cemerlang telah menerima hadiah daripada pihak sekolah. Hadiah telah disampaikan oleh Puan Norsiah Bt Masdar, Pengetua SMK Sultan Mansor Shah. Syabas dan tahniah atas kecemerlangan yang telah diperolehi oleh pelajar-pelajar danucapan terima kasih kepada guru-guru yang telah memberi bimbingan dan tunjuk ajar. Semoga akan lebih berjaya lagi pada masa akan datang.