MAJLIS SERAHAN SUMBANGAN DARIPADA YB G. SAMINADHAN
Pada hari Jumaat bersamaan 04 Januari 2019 satu majlis ringkas penyerahan sumbangan daripada YB G.Saminadhan kepada pihak sekolah. Majlis tersebut diadakan di Pejabat SMK Sultan Mansor Shah dengan disertai oleh Puan Hajah Norsiah Bt Masdar, Pengetua SMK Sultan Mansor Shah, Tn Hj Mohd Raihan Bin Ithnin, GPK Pentadbiran dan Pn Hajah Norazimah Bt Asis, GPK HEM serta tetamu dariapada JPN Melaka Tn Haji Nazri. Serahan sumbangan tersebut telah diterima oleh Pengetua sekolah untuk kegunaan pembangunan sekolah. Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada YB G.Saminadhan atas sumbangan tersebut. Semoga sumbangan yang diberikan dapat membangunkan lagi kecemerlangan SMK Sultan Mansor Shah.