AKTIVITI KOKURIKULUM RUMAH SUKAN
Pada hari Selasa bersamaan 08 Januari 2019, telah berlangsung aktiviti kokurikulum setiap rumah sukan iaitu Syahbandar, Temenggung, Laksamana dan Bendahara. Perjumpaan untuk kali pertama ini merupakan mesyuarat agung untuk melantik ahli jawatankuasa yang baru bagi sesi 2019. Mesyuarat Agung bermula pada pukul 1.00 petang dan berakhir pada pukul 2.15 petang. Selain itu perbincangan tentang yuran, aktiviti yang akan dijalankan sepanjang latihan juga diadakan. Setiap ahli rumah sukan memberi kerjasama yang baik dan aktiviti berjalan dengan lancar.