AKTIVITI KOKURIKULUM KELAB & PERSATUAN
Pada hari Khamis bersamaan 10 Januari 2019, telah berlangsung aktiviti kokurikulum setiap kelab dan persatuan sekolah. Perjumpaan untuk kali pertama ini merupakan mesyuarat agung untuk melantik ahli jawatankuasa yang baru bagi sesi 2019. Mesyuarat Agung bermula pada pukul 1.00 petang dan berakhir pada pukul 2.15 petang. Selain itu perbincangan tentang yuran, aktiviti yang akan dijalankan sepanjang latihan juga diadakan. Setiap ahli kelab dan persatuan memberi kerjasama yang baik dan aktiviti berjalan dengan lancar.