Message

Failed loading XML... Space required after the Public Identifier SystemLiteral " or ' expected SYSTEM or PUBLIC, the URI is missing

Failed loading XML... Opening and ending tag mismatch: hr line 5 and body Opening and ending tag mismatch: body line 3 and html

AKTIVITI KOKURIKULUM BADAN BERUNIFORM

Pada hari Rabu bersamaan 09 Januari 2019, telah berlangsung aktiviti kokurikulum setiap badan beruniform sekolah. Perjumpaan untuk kali pertama ini merupakan mesyuarat agung untuk melantik ahli jawatankuasa yang baru bagi sesi 2019. Mesyuarat Agung bermula pada pukul 1.00 petang dan berakhir pada pukul 2.15 petang. Selain itu perbincangan tentang yuran, aktiviti yang akan dijalankan sepanjang latihan juga diadakan. Setiap ahli badan beruniform memberi kerjasama yang baik dan aktiviti berjalan dengan lancar.

PrintEmail

AKTIVITI KOKURIKULUM RUMAH SUKAN

Pada hari Selasa bersamaan 08 Januari 2019, telah berlangsung aktiviti kokurikulum setiap rumah sukan iaitu Syahbandar, Temenggung, Laksamana dan Bendahara. Perjumpaan untuk kali pertama ini merupakan mesyuarat agung untuk melantik ahli jawatankuasa yang baru bagi sesi 2019. Mesyuarat Agung bermula pada pukul 1.00 petang dan berakhir pada pukul 2.15 petang. Selain itu perbincangan tentang yuran, aktiviti yang akan dijalankan sepanjang latihan juga diadakan. Setiap ahli rumah sukan memberi kerjasama yang baik dan aktiviti berjalan dengan lancar.

PrintEmail

AKTIVITI KOKURIKULUM SUKAN DAN PERMAINAN

Pada hari Isnin bersamaan 07 Januari 2019, telah berlangsung aktiviti kokurikulum setiap sukan dan permainan masing-masing. Perjumpaan untuk kali pertama ini merupakan mesyuarat agung untuk melantik ahli jawatankuasa yang baru bagi sesi 2019. Mesyuarat Agung bermula pada pukul 1.30 petang dan berakhir pada pukul 2.45 petang. Setiap ahli sukan dan permainan memberi kerjasama yang baik dan aktiviti berjalan dengan lancar.

PrintEmail

PROGRAM IMBAKUB TINGKATAN 1

Pada hari Isnin bersamaan 07 Januari 2019, satu program IMBAKUB telah diadakan untuk para pelajar tingkatan 1. Program tersebut dijalankan di Dewan Tertutup SMK Sultan Mansor Shah.

PrintEmail

PROGRAM KEROHANIAN

  

KEROHANIAN PELAJAR MELAYU                                         KEROHANIAN PELAJAR CINA

   

KEROHANIAN PELAJAR ORANG ASAL

Pada hari Jumaat bersamaan 04 Januari 2019, satu program kerohanian telah diadakan mengikut agama masing-masing. Bagi pelajar Melayu bacaan Yassin dan Solat Hajat telah diadakan di Surau dan Dewan An Nur. Manakala bagi pelajar-pelajar India, Cina dan orang Asal diadakan ditempat pilihan mengikut agama masing-masing. Program kerohanian berbentuk motivasi ini bertujuan memberi kesedaran dan meningkatkan semangat para pelajar untuk terus belajar dengan penuh rajin agar memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan. Selain itu, program diadakan agar para pelajar berpegang pada agama masing-masing dan mengikut tuntutan yang baik agar hidup lebih sejahtera.

 

 

 

PrintEmail

MAJLIS SERAHAN SUMBANGAN DARIPADA YB G. SAMINADHAN

Pada hari Jumaat bersamaan 04 Januari 2019 satu majlis ringkas penyerahan sumbangan daripada YB G.Saminadhan kepada pihak sekolah. Majlis tersebut diadakan di Pejabat SMK Sultan Mansor Shah dengan disertai oleh Puan Hajah Norsiah Bt Masdar, Pengetua SMK Sultan Mansor Shah, Tn Hj Mohd Raihan Bin Ithnin, GPK Pentadbiran dan Pn Hajah Norazimah Bt Asis, GPK HEM serta tetamu dariapada JPN Melaka Tn Haji Nazri. Serahan sumbangan tersebut telah  diterima oleh Pengetua sekolah untuk kegunaan pembangunan sekolah. Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada YB G.Saminadhan atas sumbangan tersebut. Semoga sumbangan yang diberikan dapat membangunkan lagi kecemerlangan SMK Sultan Mansor Shah.

 

PrintEmail

.

GURU BERTUGAS 2019

MINGGU 18

(06 MEI - 10 MEI 2019)

 

 

LOG MASUK

PAUTAN LUAR

  • Portal Kerajaan Malaysia
  • Portal KPM
  • Emis Online
  • SPP Online
  • JPN Melaka
  • PPD AG
  • E-Operasi
  • EduwebTV
  • Eg Tukar
  • E-Filing
  • HRMIS
  • E-Gaji
  • MAMPU
  • JPA

TETAMU ONLINE

We have 7 guests and no members online

Today 16

Yesterday 19

Week 16

Month 352

All 168632

Currently are 4 guests and no members online