Message

Failed loading XML... Space required after the Public Identifier SystemLiteral " or ' expected SYSTEM or PUBLIC, the URI is missing

Failed loading XML... Opening and ending tag mismatch: hr line 5 and body Opening and ending tag mismatch: body line 3 and html

1 Murid, 1 Sukan, 1 Malaysia

 

Kementerian Pelajaran Malaysia akan melaksanakan Larian 1M 1S 1M secara serentak di sekolah-sekolah seluruh negara pada 2 Julai 2011, yang akan dirasmikan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri di Perak Darul Ridzuan.

Majlis Pelancaran ini juga akan disiarkan secara langsung melalui media elektronik (TV dan Eduwebtv). Justeru dipohon agar warga sekolah mengikuti siaran tersebut di sekolah masing-masing.


Sebagai tanda sokongan dan penyertaan menyeluruh daripada semua warga pendidik dalam menjayakan larian ini, Kementerian Pelajaran memutuskan bahawa pihak sekolah boleh memohon cuti gantian daripada Pengarah Pelaran Negeri seperti yang telah diumumkan oleh Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia baru-baru ini.

PrintEmail

Hari Keluarga SMK Sultan Mansor Shah

Sambutan Hari Keluarga SMK Sultan Mansor Shah 2011

 

 

Pada 24-25 Jun 2011 yang lalu, warga SMK Sultan Mansor Shah telah mengadakan program sambutan Hari Keluarga anjuran KELAB STAFF yang bertempat di Ismah Beach Resort, Pantai Padang Kemunting, Pengkalan Balak. Program Hari Keluarga pada kali ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada semua pihak. Beberapa aktiviti telah dijalankan sepanjang program ini berlangsung. Antaranya ialah pertandingan mewarna, cari gula-gula dalam pasir, rebut kerusi (bagi kanak-kanak bawah 12 tahun), pertandingan tarik tali dan bermain bola tampar untuk kategori ibu bapa, manakala pertandingan meniup belon, bowling kelapa, isi air dalam botol, dan musang berjanggut pula adalah merupakan aktiviti yang disertai oleh setiap ahli keluarga.

Untuk maklumat lanjut sila layari http://kelabgurusmksms.blogspot.com

PrintEmail

Majlis Hi-Tea 1 Malaysia

MAJLIS HI-TEA 1 MALAYSIA

 

Majlis Hi-Tea 1 Malaysia ini telah dirasmikan oleh Dato Ghafar bin Hj Atan pada 18 Jun 2011. Majlis ini diadakan aalah bertujuan untuk mengutip dana bagi membantu pihak sekolah memajukan prasarana sekolah.

 

PrintEmail

Profil Sekolah

SMK SULTAN MANSOR SHAH,
PULAU SEBANG, TAMPIN POS,
MELAKA


KOD SEKOLAH : MEE 0074
TARIKH DITUBUHKAN: JANUARI 1965
TARIKH DIRASMIKAN: 02 OKTOBER 1967

1. MAKSUD DAN WARNA PADA LOGO:

  • KUNING           -                 KEWIBAWAAN
  • MERAH             -                 BERSEMANGAT DAN BERANI
  • BIRU                  -                 KESABARAN DAN KESYUKURAN
  • PUTIH                -                 KEIKHLASAN YANG MURNI

2. MAKSUD SIMBOL PADA LOGO

  • PITA
- Pita merah yang menghiasi bahagian puncak dan di bawahnya, sebagai lambang kesenian dan keharmonian dalam kalangan kami.

  • LAMBANG
- Sebuah BUKU yang terbuka membawa erti : kami sentiasa membaca untuk menambah ilmu pengetahuan
- Sebuah RODA BESI BERGERIGI bermakna : kami gigih berusaha mencapai kemajuan dalam bidang sains dan teknologi moden.
- Sebuah NERACA adalah menandakan kami mengamalkan keadilan sosial.
- Tiga buah GELUNG yang berangkai menunjukkan : kami sentiasa berusaha sama dalam lapangan sukan dan olahraga untuk mencapai kejayaan.
- PENA adalah daripada sehelai bulu angsa berwarna putih sebagai lambang keikhlasan kami dalam penyebaran ilmu pengetahuan untuk dimanfaatkan bersama.

3. COGANKATA

USAHA TANGGA JAYA - Mengingatkan kami supaya sentiasa rajin berusaha untuk mempertingkatkan lagi prestasi, bagi mencapai kejayaan yang dicita-citakan.

4. MOTTO SEKOLAH

Bersatu, bersama-sama ke arah kecemerlangan

5. MATLAMAT STRATEGIK

  • Memantapkan kemahiran guru dalam Pengajaran dan Pembelajaran di bilik darjah.
  • Memantapkan Pengurusan Kokurikulum yang berkualiti
  • Mempertingkatkan pencapaian kualiti dan kuantiti dalam bidang kokurikulum di peringkat sekolah, daerah dan negeri.
  • Memantapkan Pengurusan Hal Ehwal Murid.
  • Memupuk nilai dan amalan menghormati guru dan sayang kepada rakan serta menghargai harta benda sekolah.
  • Menyediakan sumber manusia yang berkemahiran dan berkepakaran dalam ICT.
  • Memastikan penggunaan sumber manusia secara optimum.
  • Memantapkan hubungan yang harmonis antara warga sekolah dengan komuniti setempat.
  • Menguruskan kewangan dengan lancar dan berkesan serta berakauntabiliti dan berintegriti.
  • Meningkatkan dan memantapkan pengurusan pejabat dan fail.
  • Menyediakan prasarana yang kondusif untuk Pengajaran dan Pembelajaran (P&P)

 

6. VISI

Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera.

 

7. MISI

Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu bagi Memenuhi Aspirasi Negara.

PrintEmail

Pembestarian Sekolah

 

1BestariNet

Majlis Ekonomi (Economic Council) yang bermesyuarat pada 17 Januari 2011 telah bersetuju untuk melaksanakan 1 BestariNet di semua sekolah Malaysia mulai 2011.

 

 

Menjelang 2012 lebih 7000 sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan akan dibekalkan dengan talian fiber dengan kelajuan 2 mbps (boleh ditingkatkan kepada 10 mbps) manakala selebihnya, yang merupakan sekolah luar bandar dan pendalaman, akan dibekalkan dengan talian VSAT dengan kelajuan 1 mbps (boleh ditingkatkan ke 4 mbps) dengan nisbah kontensi 1:10.

Sumber: Bahagian Teknologi Pendidikan

 

 

Sistem Pengurusan Sekolah (SPS)

SPS merupakan satu komponen dalam Penyelesaian Bersepadu Projek Rintis Sekolah Bestari. Objektif SPS ialah mewujudkan satu primary data maklumat sekolah. Sistem ini telah dibangunkan pada awal tahun 2009 dengan pembangunan pangkalan data yang mengambil kira fungsi dan keperluan data aplikasi iaitu Sistem Maklumat Murid (SMM), Educational Management Information System (EMIS), Sistem Salahlaku dan Disiplin Murid (SSDM) dan Integrated Student Information System (ISIS). Penyeragaman  sistem-sistem berkenaan mengambil kira penyelarasan kod yang terkandung dalam Data Dictionary Sektor Awam (DDSA).

Sumber: Bahagian Teknologi Pendidikan

 

Skop Pembestarian Sekolah


Pelaksanaan pembestarian inidimanfaatkan (leverage) kepada semua inisiatif  ICT yang sedia ada di sekolah merangkumi tiga elemen utama iaitu infrastruktur ICT dan Aplikasi Pengurusan. Pengisian Pengajaran dan Pembelajaran (P&P), dan Pembangunan Sumber Manusia. Fokus Pembestarian Sekolah ialah untuk memastikan semua sekolah akan mempunyai pencapaian ICT yang sama, dengan :-

  1. Menyediakan kemudahan infrastruktur dan perkakasan yang mencukupi
  2. Menyediakan perisian dan bahan-bahan digital yang lengkap
  3. Memberi latihan yang secukupnya kepada semua guru, pentadbir dan staf sokongan

Pembestarian Sekolah akan memanfaatkan tiga (3) elemen utama iaitu yang telah dilaksanakan ke sekolah-sekolah melalui projek-projek Kementerian seperti berikut:

  • PROJEK MAKMAL KOMPUTER SEKOLAH
  • PROGRAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS DAN MATEMATIK DALAM BAHASA INGGERIS (PPSMI)
  • RANGKAIAN SCHOOLNET
  • RANCANGAN TV PENDIDIKAN
  • PROJEK RINTIS SEKOLAH BESTARI
  • ICT DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
  • PERKONGSIAN PINTAR DENGAN SYARIKAT SWASTA
  • LATIHAN ICT BAGI GURU-GURU
  • PENGURUSAN PERUBAHAN BAGI GURU DAN PENTADBIR SEKOLAH

 

Sumber: Bahagian Teknologi Pendidikan

 

Status Semasa Dan Cabaran

Sekolah Bestari secara ringkas boleh didefinisikan sebagai suatu sistem pendidikan yang mana proses pengajaran dan pembelajaran lebih berpusat kepada para pelajar dengan menggunakan pendekatan yang lebih kritis dan kreatif serta menggunakan teknologi sebagai pengupaya.

Penggunaan ICT sebagai bahan bantu dalam proses pengajaran dan pembelajaran merupakan jantung Sekolah Bestari. Pendekatan ini tidak hanya terhad dalam kurikulum, pedagogi, pentaksiran, pengajaran dan pembelajaran, malah juga dalam bidang pengurusan sekolah. Pengurusan dan pentadbiran sekolah dibestarikan agar pengurus sekolah dapat menguruskan perjalanan sesebuah sekolah dengan lebih efektif.

Walau bagaimanapun, dalam proses menubuhkan Sekolah Bestari di seluruh negara, KPM kemudiannya telah mengambil langkah bijak dan kos efektif dengan memperkenalkan Program Pembestarian Sekolah. Ini memandangkan untuk pembekalan infrastruktur teknologi penuh sebuah Sekolah Bestari. Kerajaan perlu membelanjakan sebanyak RM 1.8 juta, manakala untuk membekalkan infrastruktur teknologi makmal komputer, kerajaan memerlukan peruntukan sebanyak RM 642,000 bagi sebuah sekolah. Oleh itu, alternatif yang terbaik adalah dengan cara membestarikan sekolah sedia ada yang hanya memerlukan peruntukan yang jauh lebih rendah untuk setiap buah sekolah.

Program Pembestarian Sekolah memberi maksud mengaplikasikan konsep Sekolah Bestari pada semua sekolah rendah dan menengah di seluruh negara. Komponen utama pembestarian sekolah adalah berfokus kepada pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan sekolah berbantukan ICT. Proses Pembestarian sekolah dapat melatih guru dan pelajar berkemahiran dalam bidang ICT. Justeru, kemahiran yang diperoleh dapat melahirkan pelajar yang mengamalkan pembelajaran akses-kendiri (self-accessed), terarah kendiri (self-directed) dan kadar kendiri (self-paced)

Pelaksanaan pembestarian ini mengambil kira (leveraging) semua inisiatif  ICT yang sedia ada di sekolah merangkumi tiga perkara utama iaitu hardware, software and wetware. Untuk itu, KPM telah pun membekalkan pelbagai peralatan dan kemudahan ICT seperti komputer, pencetak, server, projektor dan rangkaian. Statistik sehingga April 2005 menunjukkan sebanyak 4500 buah sekolah rendah dan menengah di seluruh negara telah dilengkapi dengan makmal komputer, sementara 8120 buah sekolah telah dirangkaikan dengan capaian internet berjalur lebar melalui rangkain SchoolNet.

Pelbagai perisian kursus telah dibangunkan, baik oleh pihak KPM mahupun dengan kerjasama pihak swasta. Perisian kursus untuk kegunaan Sekolah Bestari yang melibatkan empat mata pelajaran iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik telah dibangunkan dengan kerjasama pihak swasta. Selain daripada menghasilkan perisian kursus untuk digunakan oleh guru dan pelajar dalam program Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).

Pembestarian sekolah melibatkan pengurusan pendidikan yang lebih cekap dan berkesan dengan penggunaan aplikasi Smart School Managemant System (SSMS), Educational Management Information System (EMIS) dapat membantu memperkemaskan pengaliran dan perkongsian maklumat di peringkat sekolah, jabatan dan kementerian.

Latihan kemahiran ICT kepada individu yang terlibat sentiasa diadakan dari semasa ke semasa. Pentadbir sekolah, guru, staf sokongan dan personel di pelbagai peringkat Pejabat Pendidikan Daerah, Jabatan Pelajaran Negeri, dan Bahagian-bahagian di KPM turut dibimbing dan dilatih menggunakan segala kemuudahan ICT yang disediakan.

Sumber: Bahagian Teknologi Pendidikan

 

Dasar Dan Matlamat

Dasar Pembestarian semua sekolah merangkumi dasar ICT iaitu:

  1. ICT untuk semua pelajar.
  2. ICT sebagai alat pengajaran dan pembelajaran, sebagai mata pelajaran dan komponen mata pelajaran.
  3. ICT digunakan untuk meningkatkan kecekapan dan keberkesanan sistem pendidikan..

Matlamat Pembestarian Sekolah ialah untuk mengoptimumkan potensi murid di semua sekolah Malaysia dengan menggunakan ICT sebagai pengupaya kepada pengajaran dan pembelajaran.

 

Sumber: Bahagian Teknologi Pendidikan

PrintEmail

Pengarah Jabatan Pelajaran Melaka 2011

 

Kami Warga SMK Sultan Mansor Shah mengucapkan tahniah dan selamat bertugas kepada Tuan Haji Mohamed Yusoff bin Osman di atas pelantikan sebagai Pengarah Pelajaran Negeri Melaka yang baru. Semoga Jabatan Pelajaran Melaka akan terus maju di bawah pentadbiran beliau.

PrintEmail

.

GURU BERTUGAS 2019

MINGGU 18

(06 MEI - 10 MEI 2019)

 

 

LOG MASUK

PAUTAN LUAR

  • Portal Kerajaan Malaysia
  • Portal KPM
  • Emis Online
  • SPP Online
  • JPN Melaka
  • PPD AG
  • E-Operasi
  • EduwebTV
  • Eg Tukar
  • E-Filing
  • HRMIS
  • E-Gaji
  • MAMPU
  • JPA

TETAMU ONLINE

We have 24 guests and no members online

Today 26

Yesterday 19

Week 26

Month 362

All 168642

Currently are 15 guests and no members online