AKTIVITI KOKURIKULUM BADAN BERUNIFORM
Pada hari Rabu bersamaan 09 Januari 2019, telah berlangsung aktiviti kokurikulum setiap badan beruniform sekolah. Perjumpaan untuk kali pertama ini merupakan mesyuarat agung untuk melantik ahli jawatankuasa yang baru bagi sesi 2019. Mesyuarat Agung bermula pada pukul 1.00 petang dan berakhir pada pukul 2.15 petang. Selain itu perbincangan tentang yuran, aktiviti yang akan dijalankan sepanjang latihan juga diadakan. Setiap ahli badan beruniform memberi kerjasama yang baik dan aktiviti berjalan dengan lancar.