BANCIAN CARA PELAJAR KE SEKOLAH TAHUN 2014
PERHATIAN KEPADA SEMUA PELAJAR SMKSMS, ANDA DIMINTA UNTUK MENGISI BORANG INI.
Pada 17 April 2014 bersamaan hari Khamis yang lalu, sekolah SMK Sultan Mansor Shah telah menghantar seramai 6 peserta untuk ke Pertandingan Forum Remaja Peringkat Kawasan Alor Gajah yang telah berlangsung di Kolej Vokasional Datuk Seri Mohd Zin, Alor Gajah.
Seramai 6 buah sekolah telah menyertai pertandingan ini, antaranya ialah SMK Dato' Dol Said, SMK Durian Tunggal, SMK Naning, Kolej Vokasional Datuk Seri Mohd Zin, SMJK Pulau Sebang dan juga SMK Sultan Mansor Shah.
Sekolah kita telah berjaya mendapat tempat sebagai naib johan di dalam pertandingan ini. Tempat pertama telah dimenangi oleh SMJK Pulau Sebang dan tempat ketiga pula jatuh kepada SMK Durian Tunggal.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada kesemua peserta forum yang telah memberikan sumbangan terbaik kepada sekolah.
Pada 8-10 April 2014 yang lalu telah berlangsungnya satu kejohanan olahraga MSSM peringkat Negeri Melaka yang diadakan di IPG Kampus Perempuan Melayu Melaka.
Wakil daripada sekolah SMK Sultan Mansor Shah iaitu Ahmad Helmi bin Noh daripada tingkatan 3A1 telah berjaya mengharumkan nama sekolah dengan memperoleh pingat perak dalam acara 100 meter lelaki 15 tahun.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada Ahmad Helmi bin Noh.
Pada 8, 9 dan 10 April 2014 yang lalu, sekolah SMK Sultan Mansor Shah telah menghantar 3 regu sepak takraw yang terdiri daripada 2 regu dari 18 tahun dan 1 regu bawah 15 tahun ke perlawanan sepak takraw sekolah-sekolah menengah kawasan Alor Gajah yang telah diadakan di Kompleks Belia dan Sukan Ayer Keroh, Melaka.
Kedua-dua kategori regu SMK Sultan mansor Shah telah berjaya mendapat tempat sebagai naib johan di peringkat kawasan Alor Gajah, manakala johan kategori bawah 18 tahun pula telah dimenangi oleh Kolej Vokasional Datuk Seri Mohd Zin dan johan kategori bawah 15 tahun pula telah dimenangi oleh SMK Seri Pengkalan.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua pemain yang telah berjaya mendapat naib johan.
Pada 3 April 2014 yang lalu bersamaan dengan hari Khamis, sekolah SMK Sultan Mansor Shah telah menjadi tuan rumah Pertandingan Bahas Ala Parlimen Kawasan Alor Gajah. Sebanyak 6 buah sekolah di sekitar daerah Alor Gajah telah menyertai pertandingan itu. Antaranya ialah sekolah SMK Dato' Dol Said, SMK Datuk Haji Talib Karim, SMK Durian Tunggal, SMK Seri Pengkalan, SMJK Pulau Sebang serta SMK Sultan Mansor Shah.
Peserta daripada SMK Sultan Mansor Shah telah berjaya memperoleh naib johan di dalam pertandingan ini. Manakala johan pula telah dimenangi oleh SMK Seri Pengkalan.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua peserta bahas yang telah menyertai pertandingan ini.
MINGGU 18
(06 MEI - 10 MEI 2019)
We have 24 guests and no members online
Today 34
Yesterday 19
Week 34
Month 370
All 168650
Currently are 24 guests and no members online