Message

Failed loading XML... Space required after the Public Identifier SystemLiteral " or ' expected SYSTEM or PUBLIC, the URI is missing

Failed loading XML... Opening and ending tag mismatch: hr line 5 and body Opening and ending tag mismatch: body line 3 and html

HEBAHAN PENGGUNAAN "HOME USE PROGRAM" DAN "MICROSOFT E-LEARNING PORTAL"

Sumber: JPN Melaka

 

FAEDAH-FAEDAH DI BAWAH PROGRAM EDUCATION ALLIANCE AGREEMENT (EAA).

2.       Adalah dimaklumkan bahawa terdapat dua (2) faedah yang boleh diperolehi oleh kakitangan KPM bagi Projek Membekal Perisian Lesen Microsoft Kepada Sekolah-sekolah dan Kolej Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia di bawah ProgramEducation Alliance Agreement (EAA) iaitu :

i)             Home Use Program; dan
ii)            Microsoft E-Learning Portal

3.       "Home Use Program"  adalah merupakan satu program yang membolehkan 240,000 kakitangan KPM membuat perolehan bagi perisian Microsoft Office secara online untuk kegunaan peribadi dengan harga sekitar RM28.00. "Microsoft E-Learning Portal" pula merupakan satu program yang memberi peluang kepada 240,000 kakitangan KPM mempelajari cara penggunaan perisian Microsoft secara online seperti penggunaan Microsoft Office, PowerPoint dan sebagainya.

 

Sila muat turun:-

i. Home Use Program

ii. Microsoft E-Learning Portal

 

PrintEmail

Pertandingan Open Office Peringkat Kebangsaan

 

 

Berikut adalah Pertandingan Open Office.Org 2011 Peringkat Kebangsaan sempena Hari Perisian Sumber Terbuka KPM 2011 dan Persidangan Program Sumber Terbuka Malaysia (MyGOSSCON 2011) anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) bersama Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU).

Tujuan pertandingan seumpama ini dianjurkan ialah untuk memperkenalkan perisian sumber terbuka dan sekaligus dapat memperluaskan penggunaannya dalam kalangan murid-murid sekolah rendah dan pelajar-pelajar sekolah menengah di Malaysia.

Pertandingan OpenOffice.Org mula diperkenalkan pada tahun 2009 anjuran Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) dengan kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Selaras dengan Pelan Induk Perisian Sumber Terbuka Sektor Awam Malaysia, pertandingan ini diharap dapat meningkatkan kesedaran mengenai perisian sumber terbuka seperti OpenOffice.Org dalam kalangan pelajar sekolah rendah dan menengah sekaligus memberi insentif kepada pelajar-pelajar di atas bakat dan kreativiti mereka.

Pada tahun ini, MAMPU dengan kerjasama KPM meneruskan Pertandingan OpenOffice.Org di peringkat kebangsaan yang dibuka penyertaannya kepada semua sekolah di Malaysia.

PrintEmail

Program Bulan Membaca

 

Pada 4 Julai 2011, warga Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Mansor Shah telah mengadakan Pelancaran Bulan Membaca anjuran Pusat Sumber SMK SMS. Pelancaran majlis ini telah disempurnakan oleh GPK 1 En Tee Kim Thieng. Beberapa aktiviti telah dirancang sempena Pelancaran Bulan Membaca peringkat sekolah ini. Antara aktiviti yang diketengahkan sempena program ini adalah Pertandingan Menulis Esei, Pameran Buku, Pertandingan Menulis Esei, DJ dan juga Editor Muda.

 

PrintEmail

ANUGERAH Q-BESTARI DAERAH ALOR GAJAH

Sumber: BTPN Melaka

Permuafakatan Pusat Kegiatan Guru Daerah Alor Gajah akan menganjurkan Majlis Anugerah Q-Bestari Sekolah-Sekolah Daerah Alor Gajah Tahun 2011 pada 22 September 2011.

Program ini merupakan majlis penganugerahan dan pengiktirafan kepada sekolah-sekolah Daerah Alor Gajah yang telah menunjukkan prestasi yang cemerlang dalam program-program pembestarian sekolah di samping melaksanakan inisiatif ICT di sekolah secara konsisten dan efisyen.

PrintEmail

1 Murid, 1 Sukan, 1 Malaysia

 

Kementerian Pelajaran Malaysia akan melaksanakan Larian 1M 1S 1M secara serentak di sekolah-sekolah seluruh negara pada 2 Julai 2011, yang akan dirasmikan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri di Perak Darul Ridzuan.

Majlis Pelancaran ini juga akan disiarkan secara langsung melalui media elektronik (TV dan Eduwebtv). Justeru dipohon agar warga sekolah mengikuti siaran tersebut di sekolah masing-masing.


Sebagai tanda sokongan dan penyertaan menyeluruh daripada semua warga pendidik dalam menjayakan larian ini, Kementerian Pelajaran memutuskan bahawa pihak sekolah boleh memohon cuti gantian daripada Pengarah Pelaran Negeri seperti yang telah diumumkan oleh Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia baru-baru ini.

PrintEmail

.

GURU BERTUGAS 2019

MINGGU 18

(06 MEI - 10 MEI 2019)

 

 

LOG MASUK

PAUTAN LUAR

  • Portal Kerajaan Malaysia
  • Portal KPM
  • Emis Online
  • SPP Online
  • JPN Melaka
  • PPD AG
  • E-Operasi
  • EduwebTV
  • Eg Tukar
  • E-Filing
  • HRMIS
  • E-Gaji
  • MAMPU
  • JPA

TETAMU ONLINE

We have 7 guests and no members online

Today 16

Yesterday 19

Week 16

Month 352

All 168632

Currently are 4 guests and no members online